PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

PENTING

PENTING
SELAMAT DATANG KE NEGERI MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA & SELAMAT BERISTIREHAT DI RAWDAH.

FAQ

Apakah deposit diperlukan untuk tempahan?
Ya!. Deposit dimestikan untuk sebarang tempahan sebagai tanda komitmen tuan terhadap tempahan.

Apakah deposit akan dikembalikan jika saya membatalkan tempahan?
Tidak!. Deposit tidak akan dikembalikan kerana pembatalan dibuat oleh pihak tuan dan kami terpaksa menolak tempahan lain pada tarikh tersebut/tempahan.

Saya dah buat tempahan melalui telefon, tetapi saya terlupa untuk membayar deposit. Adakah tempahan saya direkodkan?
Kami tidak akan merekodkan sebarang tempahan tanpa deposit. Oleh itu tempahan mulut pihak tuan tidak boleh dijanjikan sebagai 'booked'. Sebarang pembayaran deposit perlu diberitahu semula agar pihak kami boleh membuat semakan.

Berapakah jumlah deposit yang perlu dibayar untuk tempahan?
Hanya RM50 sahaja dan bakinya boleh dibayar semasa mengambil kunci.

Bagaimanakah cara untuk saya membayar deposit?
Tuan boleh membayar deposit di mana-mana kemudahan perbankan. Sila rujuk ruangan KADAR HARGA untuk nombor akaun AlRawdah.

Apakah saya perlu memaklumkan jika pembayaran deposit telah dibuat?
Ya perlu!. Ini bagi memastikan tempahan tuan direkodkan

Apakah saya perlu mengisi borang online tempahan?
Ya kami memerlukan kerjasama pihak tuan untuk mengisi butiran ringkas pada borang tersebut sebagai rekod.

Bolehkah saya melanjutkan tempahan setelah menduduki rest house?
Ya boleh jika tarikh tersebut tidak ada tetamu lain.

Bolehkah saya keluar lewat dari jam yang ditetapkan?
Boleh sekiranya tiada tetamu lain yang akan masuk.

Berapakah diskaun jika saya bercadang untuk menginap dalam masa yang agak lama?
Kadar yang kami berikan agak murah bagi penginapan sebuah rumah bunglow setingkat dengan kawasan luar yang agak besar. Biasanya dengan harga RM150 tuan hanya boleh menyewa homestay teres setingkat yang kecil dengan ruang parkir yang terhad dan biasanya akan menimbulkan kesulitan kepada tuan dan penghuni bersebelahan. AlRawdah Rest House amat selesa dengan saiz rumah yang besar dan bersifat 'privacy'. Diskaun boleh diberikan jika jangka masa penginapan melebihi dari 10 hari atas budi bicara.

Bolehkah saya memasak?
AlRawdah tidak membenarkan tuan memasak di dalam rumah, walau bagaimana pun tuan boleh memasak dikawasan luar rumah seperti di garaj.

Apakah peralatan memasak disediakan?
Maaf kami tidak menyediakan peralatan memasak.

Apakah saya akan dikenakan bayaran jika peralatan AlRawdah dirosakkan?
Ya!. Tuan diminta bertanggungjawab ke atas penggunaan sebarang peralatan yang digunakan dan gunalah dengan berhemah.

Perlukah saya memulangkan barangan AlRawdah sekiranya terbawa balik?
Ya perlu!. Tuan dilarang membawa keluar sebarang peralatan AlRawdah keluar.

Bolehkah saya mengubah suai kedudukan barangan, perabot dan peralatan?
Tidak!. Tuan diminta jangan mengalihkan sebarang barangan, perabot mahupun apa-apa peralatan dari tempat asalnya. Mohon hormati kemudahan yang diberi.

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN ONLINE