PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

PENTING

PENTING
SELAMAT DATANG KE NEGERI MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA & SELAMAT BERISTIREHAT DI RAWDAH.

PETA & LOKASI


Peta lokasi ke Al-Rawdah Rest House dari Plaza Tol Ayer Keroh.
Kod latitude GPS : 2.203299,102.314723
Sila klik peta diatas untuk imej yang lebih jelas.

PENGUNJUNG YANG DIHORMATI,

Untuk sampai ke Al-Rawdah sila berpandukan kepada land mark dalam peta yang disediakan. Jika tuan puan datang dari Plaza Tol Ayer Keroh, terdapat 2 jalan untuk sampai ke Rawdah, samada dari JLN. BUKIT KATIL atau JLN. TUN KUDU. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Tuan puan akan berjumpa dengan beberapa trafic light yang tidak dinyatakan di dalam peta ini tetapi jangan risau, lihat peta dan teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan land mark seperti  Kompleks Kerajaan Negeri Melaka iaitu SERI NEGERI, MSDC DRIVING SCHOOL, pam minyak CALTEX, SHELL dan sebagainya. Tuan puan akan sampai ke Al-Rawdah apabila berjumpa dengan sebuah REPLIKA DURIAN GERGASI yang terletak betul-betul bertentangan dengan Al-Rawdah.


Inilah land mark kawasan Ayer Molek, bersebelahannya adalah replika gergasi buah durian.

Al-Rawdah Rest House Melaka terletak betul-betul ditengah Pekan Ayer Molek, Melaka. Lokasinya sangat strategik kerana berada di tepi jalan utama dari Duyong menuju ke Ayer Molek. Pintu masuk ke kawasan Ayer Molek disimbolikkan dengan replika buah durian gergasi apabila merentas sahaja sungai Duyong. Bertentangan replika tersebut bersebelahan jalan disebelah kananlah letaknya Al-Rawdah Rest House.

 Replika gergasi buah durian yang dibina kerajaan Negeri Melaka sekitar tahun 1990an. Seberang jalan replika gergasi inilah terletaknya Al-Rawdah Rest House.

Perjalanan daripada Plaza Tol Ayer Keroh hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja dengan jarak perjalanan sejauh 15 km. Kawasan pelancongan yang berdekatan dengan Al-Rawdah Rest House antaranya ialah :-
  • Pusat Pelancongan Perkampungan Hang Tuah di Kg. Duyong - 2.4 km hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
  • Medan Ikan Bakar Umbai - 6.3 km mengambil masa dalam 11 minit sahaja.
  • MITC - 12 km mengambil masa lebih kurang 18 minit.
  • Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Mini Malaysia dan kawasan sekitarnya - 13 km dan mengambil masa cuma 16 minit sahaja.
  • Jeti ke Pulau Besar - 8.8 km hanya mengambil masa lebih kurang 12 minit sahaja.
  • Bandar Melaka - 10 km sahaja dengan perjalanan cuma 14 minit
  • Banda Hilir - 9.3 km dengan perjalanan selama 15 minit.
Banyak lagilah tempat pelancongan di merata Melaka. Jadi yang pastinya lokasi Al-Rawdah Rest House terletak ditengah-tengah kebanyakan kawasan pelancongan dalam jarak lingkungan 10 hingga 13 km sahaja.

Sekiranya anda merancang untuk bercuti bersama keluarga, Al-Rawdah Rest House sedia menanti anda dengan pintu terbuka.

Selamat melancong ke Melaka Bandar Raya Bersejarah...

Untuk lihat direction di Google Maps dari Plaza Tol Ayer Keroh ke Al-Rawdah Rest House sila klik Peta ke Al-Rawdah Rest House

BORANG TEMPAHAN ONLINE